Jumaat, 21 November 2008

Tips Menghadapi Peperiksaan

1. Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana iamampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajariselama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

2. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidakmemahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahamisepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat pentingyang berkaitan.

3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlumenyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluardalam setiap peperiksaan.

4. Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaransecara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman andakepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapatmembantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

5. Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatusubjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalantahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjekyang lemah.

6. Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa kemana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan diwaktu terluang.

7. Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehatcukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagimemastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik bolehmenghasilkan otak yang cerdas.

8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafeinkerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

9. Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

10. Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlumemper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohonbantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohonkeampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Tiada ulasan: