Jumaat, 21 November 2008

Potensi Pasaran Program Score A



Potensi Pasaran Score A

1. ‘LEVERAGE’ - Kadar Penajaan Yang Tinggi
2. Permintaan Yang Tinggi
3. Kadar Penolakan Yang Rendah
4. Anti Kemelesetan Ekonomi
5. Pasaran yang sedia ada 5 juta pelajar
6. Pasaran sentiasa berkembang - 500,000 pelajar baru tahun 1 setiap tahun
7. Tiada Tandingan – 99% Syarikat Networking bukan produk pendidikan
8. Kesetiaan Pengguna
9. Pendapatan Royalti (selama 9 Tahun)
10. ‘Webucation’ – Kemuncaknya pada tahun 2010 – 100% Sekolah Bestari

Jika anda ingin menjadi Usahawan Pendidikan melalui Program Score A dan meraih pendapatan hebat di pasaran yang sentiasa terbuka :
Hubungi saya :
Abd Rahman 019-3067315

Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Kaedah Tuisyen Program Score A



Kaedah Menjana Pendapatan Untuk Usahawan Score A

Di sini saya ingin menegaskan bahawa Program Score A bukanlah dibentuk untuk tujuan perniagaan sahaja. Program Score A telah dibangunkan semenjak tahun 1999. Pada masa itu, ianya masih lagi didalam proses R&D namun telah dipasarkan melalui promosi ke sekolah- sekolah. Hanya selepas 7 tahun, Program Score A telah mencapai kematangan dan telah disenaraikan sebagai satu- satunya produk pendidikan yang diniagakan secara "network marketing". Program Score A telah diuji dan lebih 90% pelajar- pelajar yang menggunakan Program Score A telah mendapat straight A's di dalam peperiksaan mereka. Oleh itu, dengan produk sedemikian rupa keberkesanannya, pihak syarikat telah membuka peluang dan ruang kepada individu- individu yang berminat untuk menjadi pengedar kepada produk Program Score A. Sebagai seorang pengedar Program Score A, kita boleh menyertainya dengan tiga cara iaitu :

E-bizz
E-partner
E-entrepreneur

Untuk menjadi salah seorang pengedar yang memperolehi pendapatan yang memuaskan dan juga modal yang mampu dikeluarkan, adalah dicadangkan kepada ahli baru untuk menyertai Program Score A sebagai e-partner. Sebagai e-partner, kita akan mendapat 3 akaun perniagaan yang membolehkan pendapatan yang berganda daripada e-bizz. Anda boleh membuat pembayaran mealui kad kredit jika tidak mampu untuk mengeluarkan wang tunai. Dengan gerak kerja formula yang telah diatur, anda mampu mendapatkan kembali wang modal dalam masa sebulan sahaja.

Jangan berlengah lagi, jadilah Usahawan Pendidikan melalui Program Score A
Hubungi saya :
Abd Rahman 019-3067315

Kaedah Tuisyen Melalui Program Score A



Pakej 1 : Harga portal 6 bulan = RM596 (Pengguna sahaja)

Kemudahan :
- Anda diberi 2 lesen/tiket untuk kegunaan 2 orang anak. Ini bermakna, lesen/tiket untuk seorang anak hanya RM298 (selama 6 bulan). Bererti Yuran Tuisyen Melalui Program Score A untuk seorang anak ialah RM49.60 sebulan. Terbukti MURAH dan JIMAT.

Hanya dengan RM49.60/individu sebulan, anda diberi :
- percuma untuk anak ketiga dan keempat
- program pembelajaran berkualiti tinggi
- semua subjek utama
- tanpa had masa belajar(unlimited excess)
- relevan setiap hari termasuk cuti umum
- percuma 15 tahun soalan tahun-tahun lepas UPSR dan PMR
- diberi report kad tiap hari, setiap kali anak anda membuat ujian
- mesra pelajar; menarik minat anak-anak belajar dan terus belajar
- anak-anak belajar tanpa keluar dari rumah
- tiada kos pengangkutan, tidak terikat dengan masa
- tiada risiko jalanraya, tiada risiko kemanusiaan
- banyak lagi..


Pakej 2 : Harga portal 2 tahun setengah = RM1788.00 (automatik jadi usahawan Score A)

*Anda akan menikmati pelbagai bonus dan peluang menjana pendapatan yang hebat apabila menjadi usahawan Score A

Untuk melanggan Kaedah Tuisyen Melalui Program Score A :
Hubungi saya :
Abd Rahman 019-3067315

Perlaksanaan Pemasaran Program Score A

Perlaksanaan Pemasaran Program Score A

# Secara Berperingkat
* Score A telah dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002 * Pada masa yang sama Score A masih di peringkat ujian

# Secara Meluas setelah diiktiraf oleh kerajaan
* Pada tahun 2006 mendapat keputusan yang baik dan cemerlang, telah dipasarkan secara meluas.* Pada Mac 2006, Score A telah dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein.* Pihak kerajaan telah mengiktiraf Program Score A sebagai salah satu wadah di dalam meningkatkan taraf pendidikan pelajar- pelajar di Malaysia.

# Dipasaran melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) hingga sekarang!
* Pada bulan April 2006, Score A telah memulakan konsep jaringan pemasaran agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang begitu hebat kepada anak - anak mereka.
* Di samping itu, Score A juga memberi ruang ke arah peningkatan ekonomi dengan memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai program pemasaran Score A sehingga berpeluang memperolehi pendapatan sebanyak RM90 ribu dalam masa 3 bulan menyertainya. Sampaikanlah kebaikan dan kepentingan Program Score A demi agama, bangsa dan negara!

Berapa harga Program Score A?
Pakej 1 : Harga portal 6 bulan = RM596.00 (Pengguna sahaja)
Pakej 2 : Harga portal 2 tahun setengah = R1788.00 (automatik jadi usahawan Score A)

Bagaimana nak dapatkan (daftar) Program Score A?
Hubungi saya :
Abd Rahman 019-3067315
rahmaan@hotmail.com
Isi Borang Langganan dan Menjadi Usahawan Score A Di sini

Program Score A : Mudah, Jimat dan Berkesan



Program Score a adalah satu wadah perjuangan kepada pelajar-pelajar di Malaysia yang dahagakan kecemerlangan. Score A Programme telah dibentuk dan dibangunkan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat di negara kita.Pada masa lalu, kita lebih menggunakan "hard copy" di dalam bidang pembelajaran ataupun pekerjaan. Namun, semuanya telah berubah. Berita- berita sudah yang dahulunya boleh didapati melalui surat khabar, peti telivisyen dan radio kini telah diambil alih oleh teknologi internet. Begitu jugalah di dalam bidang pelajaran yang dipelopori sekarang ini oleh Program Score A. Sebagai seorang pengguna internet, kita boleh menjadikan Program Score A sebagai salah satu mata pencarian sumber kewangan dengan cara menjadi perunding pendidikan Score A (e-Learning). Ianya tidaklah susah kerana dengan internet kita boleh berhubung dengan sesiapa sahaja daripada golongan pelajar dan juga ibu bapa. Hubungi saya untuk turut serta menjana kegemilangan pelajar- pelajar di Malaysia dan pada masa yang sama menjana pendapatan untuk anda dan juga keluarga.

Ihklas,
Abd Rahman 019-3067315
rahmaan@hotmail.com

Peluang Menjadi Usahawan Pendidikan

Peluang Menjana Pendapatan

Kepada para ibubapa, graduan, para professional, penguasaha 'cyber cafe', penguasaha pusat tuisyen, para guru dan sesiapa yang ingin memulakan kerjaya sebagai usahawan mahupun yang ingin menambah pendapatan secara tetap dan sambilan. Anda digalakkan untuk menyertai kami sebagai usahawan dalam Score A. Program e-learning terunggul ANAK-ANAK CEMERLANG, IBUBAPA GEMBIRA!

Hubungi :
Abd Rahman 019-3067315
rahmaan@hotmail.com
Isi Borang Langganan dan Menjadi Usahawan Score A Di sini

E-Learning : Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan

E-Learning : Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan

Ledakan IT meletus dimana-mana sepanjang masa. Tanpa mengira tempat dan waktu, evolusinya seakan-akan tidak terhenti. Mula-mula dari segi telekomunikasi, peralatan audio dan video, komputer dan sebagainya, semuanya mengalami evolusi yang begitu pantas. Namun, IT bagi pandangan masyarakat lebih tertumpu kepada komputer jika dibandingkan dengan peranti-peranti lain seperti yang dinyatakan diatas. Ketika komputer mula-mula popular seawal dekat 80-an, penggunaanya lebih menjurus kepada permainan kanak-kanak serta kerja-kerja penaipan data di pejabat, tidak lebih daripada itu.

Di masa itu siapa yang tidak kenal dengan komputer Atari, Amstrad, CAT dan sebagainya yang menjadi kegilaan kanak-kanak memaksa ibu bapanya membeli komputer tersebut semata-mata untuk bermain PACMAN. Namun, semenjak perkakasan IT yang lain dimajukan terutamanya dalam bidang komunikasi data, komputer tidak hanya difokuskan kepada kegunaan penaipan dipejabat ataupun rekreasi sahaja tetapi dihargai lebih dari itu. Pengkomersilan Internet, penghasilan rangkaian komunikasi data yang lebih pantas dan selamat, pengenalan LAN (Local Area Network), WAN (Wide Area Network), pemajuan teknologi penyimpanan data dari analog kedigital menyebabkan teknologi IT jauh kehadapan.

Begitu juga dengan perkakasan komputer yang semakin berteknologi tinggi serta boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Kepesatan IT ini telah mempengaruhi iklim ataupun atmosfera kemodenan sedunia. Semuanya tidak mahu ketinggalan. Semua sektor ingin mengetahui, mempelajari serta mengkaji apa yang boleh disumbangkan serta penyumbangan yang boleh dilakukan oleh dunia IT sendiri. Dari sektor perubatan, ekonomi, perkapalan, astronomi, hartanah, pendidikan dan sebagainya,semuanya ketika ini berlandaskan IT. Pendidikan amnya mengalami perubahan yang sangat ketara. Bermula dengan penggunaan papan hitam tradisional disekolah, kemudian beralih kepapan putih, kemudian kealat bantuan mengajar seperti OHP dan seterusnya yang terkini pembelajaran secara on-line ataupun dalam bahasa ITnya dewasa kini e-learning. E-learning yang seakan-akan mitos 10 tahun dulu kini menjadi keperluan semenjak web mendominasi Internet.

Di Malaysia, e-learning masih lagi 'baru' kehadirannya jika dibandingkan dengan negara-negara Barat khasnya di US dimana setengah sekolah telah menjadikan ianya sebagai satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional. E-learning di negara kita lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya hanya ditawarkan diperingkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama Universiti-universiti luar negara. Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL ( Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh). Menerusi usahasama dengan syarikat tempatan Mahirnet Sdn. Bhd., UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bacelor Komunikasi secara maya. Walaupun yurannya kelihatan agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya, ia dianggap berbaloi, dengan jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati dari Internet serta perkuliahan secara on-line. Dengan tidak disedari, ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh daripada universiti. Dalam ertikata yang lain, melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar.

Di U.S pula, terdapat beribu-ribu laman web pendidikan yang mengatakan bahawa mereka menyediakan program e-learning. Namun menurut Linda C. Joseph, penyelidik dari Columbus (Ohio) Public Schools, Konsep e-learning tidak hanya sekadar penghantaran nota-nota kuliah kepada pelajar ataupun penghantaran tugasan kepada pensyarah melalui e-mail semata-mata tetapi yang sebenarnya pengisian web tersebut mestilah dipenuhi dengan forum/perbincangan dua pihak secara komunikasi dua hala, pengorganisasian maklumat dengan lebih teratur dari segi nota kuliah, jadual, bayaran yuran, tutorial dan juga peperiksaan.Dengan menemui kriteria yang dinyatakan diatas, pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif dapat dilaksanakan.
Diantara contoh-contoh kelas maya yang terdapat di U.S ialah seperti California State University yang menawarkan program sijil perguaman kepada pemohon-pemohon yang berkelulusa ijazah dan lulus dalam Carlifonia Basic Education Skills Test (CBEST). Program ini amat berguna bagi mereka yang ingin belajar dalam kadar yang segera. Program yang dipersajikan secara maya ini direkabentuk betul-betul seperti didalam bilik kuliah dimana pelajar-pelajar boleh berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain serta profesor mereka melalui laman web. Pada setiap hari Sabtu pula, pelajar-pelajar akan menghadiri seminar secara maya.Bagi Universiti Of Nebraska pula, e-learning melalui web lebih bersifat komersial dimana pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang disukai untuk melengkapkan pengajiannya diperingkat sekolah tinggi ataupun diploma.
Perkembangan e-learning dinegara kita agak membanggakan kerana terdapat organisasi-organisasi besar yang tidak mementingkan komersial sebaliknya lebih menekankan kepada penyebaran ilmu pengetahuan terutamanya dikalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. E-learning tidak hanya mencakupi pembelajaran jarak jauh secara maya malahan melibatkan 'Web Portal'. Kelebihan web portal, pendidikan ini ialah ia mempunyai bank-bank ujian, pelan pengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk pelajar, dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran serta maklumat-maklumat yang berguna seperti maklumat-maklumat sekolah, kelender tahunan, aktiviti pendidikan dan sebagainya. Antara organisasi yang melibatkan diri dalam menjayakan penubuhan web portal ini ialah seperti Kenshido International melalui laman webnya, www.scorea.com. Dengan isi kandungan yang berbahasa Melayu, ia berjaya menarik ribuan pengguna yang mendaftar dengannya, dianggarkan sekurang-kurangnya lebih 120 ribu pengunjung telah pun melawat portal tersebut. Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraannya, kesesuaiannya dengan iklim pendidikan tempatan serta aktiviti kokurikulum dapat diselaraskan. Dengan disokong kuat oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Pearson Education Malaysia, DBP serta beberapa lagi organisasi besar, sumbangan Cikgu Net terhadap pendidikan negara sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Begitu juga dengan Portal Pendidikan Utusan yang mendapat sambutan hangat ketika mula-mula dilancarkan.

Secara amnya, pembelajaran jarak jauh secara maya lebih popular dinegara kita terutamanay bagi kolej-kolej dan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan usahasama dengan universiti luar negeri dengan menawarkan program ijazah sarjana muda dan lepasan ijazah. Antaranya ialah seperti Hartford Management Centre Sdn Bhd menawarkan program peringkat sarjana dengan usahasama University Of Newcastle, Australia, TL Management Centre Sdn Bhd yang menawarkan program ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan usahasama Preston University, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Universiti maya tunggal tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya sepenuhnya ialah Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Sektor swasta dilihat sebagai lebih mengeksplorisasi penggunaan e-learning. Bagi syarikat-syarikat antarabangsa, e-learning dijadikan platform untuk meningkatkan pengetahuan serta skil kakitangannya. IBM Corporation misalnya, menggunakan 25% daripada latihan dalamannya lebih berbentuk jarak jauh secara maya. Latihan secara maya ini merangkumi 135,000 kakitangannya diseluruh dunia. Dan pada tahun 1999, IBM Corperation telah berjaya menjimatkan kos latihan sebanyak RM760 juta (USD 200 juta). Dengan kaedah ini juga, pertukaran teknologi dan pengetahuan dapat dilakukan secara mudah dan pantas. Mengikut laporan International Data Corporation (IDC), pada ketika ini 87% daripada kaedah latihan disektor swasta adalah secara tradisional iaitu pengajar bersemuka dengan pelajar secara berhadapan didunia nyata tetapi dengan kehadiran konsep e-learning, statistik latihan tradisional dijangka merosot kepada 74% pada tahun 2004 bagi kawasan Asia Pasifik. Menurut IDC lagi, pertumbuhan e-learning dijangka meningkat sehingga 94% diantara tahun 1999 sehingga 2004.Namun sejauh mana keberkesanan kaedah e-learning, belum dapat ditentukan dan kajian keatasnya masih lagi dilakukan. Konsep e-learning dinegara kita masih lagi diperingakat permulaan dan memerlukan banyak pengkajian keatasnya bagi meningkatkan lagi kebolehcapaian serta keberkesanannya kepada kumpulan sasaran samaada pelajar, kakitangan syarikat mahupun pengguna-pengguna Internet dari seluruh dunia. Berdasarkan tanggapan pengurus jualan e-business IBM Corporation kawasan Asia Pasifik, Heah Kheng Lye bahawa yang menjadi penghalang kepada kemajuan e-learning bukanlah teknologinya tetapi sumber manusia, ada benarnya. Pendekatan yang betul perlu diterapkan bagi memastikan kejayaan e-learning. Peralihan atau anjakan teknologi perlu diseimbangkan dengan peralihan pemikiran yang lebih positif. Yang lebih penting tenaga-tenaga pengajar, amnya diuniversiti mestilah bersikap positif dengan konsep ini serta menggalakkan para pelajar menggunakan kaedah ini. Seharusnya dengan adanya konsep ini, tenaga-tenaga pengajar dapat mengeksploitasinya sebaik mungkin bukannya dengan mencemburuinya.

Dengan disokong oleh kecanggihan sistem rangkaian seperti Internet dan Intranet serta teknologi digital, konsep e-learning seperti web portal, dan on-line jarak jauh seharusnya dimanfaatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak. Adalah diharapkan dengan adanya konsep e-learning ini, mutu pendidikan negara akan meningkat dan juga produktiviti bagi sesebuah organisasi akan bertambah baik menerusi latihan dalaman seperti IBM Corporation. Secara tidak langsung visi negara dalam usaha menambahkan kadar celik IT sedikit sebanyak akan berjaya dalam tempoh terdekat ini. Kaedah e-learning ini seharusnya diperkenalkan secara lebih meluas bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-kanak mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk belajar.

Score A : Pendidikan Melalui Internet



Score A pendidikan alternatif melalui Internet
Oleh: NOOR FAZRINA KAMAL


TANYALAH kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen, adakah mereka puas hati dengan pencapaian anak mereka atau sebaliknya. Tambah memeningkan, ada di kalangan anak-anak yang menipu ibu bapa dengan mengatakan mereka ke pusat tuisyen namun hakikatnya mereka menuju ke kafe Internet untuk bermain permainan video bersama rakan-rakan.

Wang yang dikeluarkan mencecah ratusan ringgit, malah ada juga yang mencecah hingga ribuan ringgit, namun adakah memadai dengan nilai gred yang dibawa pulang oleh anak-anak.
Bukan mudah bagi para ibu bapa untuk memantau pergerakan anak- anak, tambah lagi di zaman sains dan teknologi ini.

Anak-anak kini lebih terdedah kepada penggunaan komputer dan minat mereka lebih cenderung untuk mempelajari ilmu teknologi maklumat (IT) berbanding kaedah konvensional.
Justeru, kaedah pembelajaran perlulah berjalan seiring dengan perkembangan IT. Pemupukan minat untuk menambah ilmu perlu disemai mengikut cara yang digemari anak-anak iaitu menerusi komputer.

Penasihat portal pendidikan Score A, Sazarina Mohd Sapian berkata, masalah gejala sosial di kalangan kanak-kanak dan remaja kini semakin berleluasa akibat terlalu banyak pengaruh negatif dari luar.

Bayangkan anak-anak kita bersekolah biasa pada waktu pagi, kemudian ke sekolah agama, selepas itu ke pusat tuisyen. Tentunya masa untuk kita awasi anak-anak terbatas dan masa mereka lebih banyak di luar rumah yang mana pengaruh negatif ada di mana-mana,ff ujarnya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Sazarina berkata, kanak-kanak dan remaja kini semakin bijak dan lebih pandai berbanding kanak-kanak pada zaman terdahulu. Justeru, sebagai ibu bapa kita harus meminimumkan masa anak-anak di luar rumah agar ibu bapa mempunyai masa yang lebih untuk memantau pergerakan anak-anak.

''Salah satu caranya ialah dengan menggalakkan anak-anak untuk melakukan latih tubi menerusi portal di Internet, ujar pemegang ijazah dalam Pengurusan Operasi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Menurut Sazarina, program Score A ini bukanlah pengganti kelas atau guru, namun ia lebih bersifat pelengkap input pembelajaran.

''Seperti kelas tuisyen yang banyak menyediakan latih tubi, portal pendidikan Score A ini memberikan lebih manfaat, pada masa yang sama ibu bapa juga dapat memantau prestasi anak-anak menerusi e-kad laporan yang disediakan, jelasnya.

Selain e-kad laporan, ibu bapa yang berada di luar rumah juga boleh melanggan perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang melaporkan keputusan anak-anak, markah serta masa yang diambil untuk menyelesaikan satu set soalan peperiksaan.

Sazarina berkata, ibu bapa tidak perlu khuatir dengan piawaian dan sukatan pembelajaran yang disediakan dalam portal ini kerana ia digubal di bawah pengawasan dari Kementerian Pelajaran.
Menurutnya, soalan latih tubi yang terdapat dalam portal ini digubal oleh 64 orang guru-guru dari sekolah bestari di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga tidak perlu susah-susah mendapatkan soalan peperiksaan tahun lalu kerana semuanya terkandung di dalam portal ini.
''Soalan latihan bermula dari kanak-kanak tahun satu hingga tingkatan tiga. Satu portal boleh digunakan oleh abang, kakak dan adik menerusi jadual yang telah disusun oleh ibu bapa. Kaedah pembelajaran ini ternyata lebih menjimatkan dan efektif, katanya.

''Dengan mengikuti program Score A ini, kita dapat menyahut seruan kerajaan bagi kempen satu komputer untuk satu rumah. Secara tidak langsung, anak-anak menjadi celik IT dan mempunyai asas komputer yang memudahkan mereka untuk memperoleh pekerjaan kelak,'' jelasnya lagi.

Petikan dari Utusan Malaysia

Sejarah dan Pengiktirafan Program Score A

Penubuhan Program Score A™
Ditubuhkan pada tahun 1999Penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun Perintis kepada portal pendidikan interaktif di Malaysia Kaedah pendidikan 'online' yang berpandukan sukatan pelajaran kerajaan. Menumpukan kepada kaedah latih tubi dan sangat sesuai bagi pelajar Tahun 1 - Tingkatan 3 kerana latihan berbentuk objektif seperti yang di amalkan di dalam UPSR dan PMR.

Pelancaran Program Score A™
25 August 2002 Sekolah Wawasan, Subang jaya, selangor oleh YB. Dato' Aziz Shamsuddin, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

Pelancaran di Sekolah Bestari
+ Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia.
+ Diberikan secara percuma kepada sekolah - sekolah ini untuk di uji kerberkesanannya.
+ Projek ini telah mendapat kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mendapat Hak untuk mengumpul kertas soalan UPSR dan PMR
+ Pihak Score A diberi hak untuk mengumpulkan kertas- kertas soalan UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
+ 93 % pelajar - pelajar yang menggunakan Score A telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A. Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005.

Majlis Penyerahan Portal Pendidikan Score A
21-7-2005 Majlis Penyerahan Score-A oleh YB Datuk Mohamed Khaled (Menteri Usahawan Koperasi dan Pembangunan di Pasir Gudang, JB).

Majlis Menandatangani Perjanjian PendidikanAnak-anak Kakitangan Penjara Dengan Score A
21-9-2005 disaksikan oleh Y.B. Dato' Noh Bin Omar, Timbalan Menteri, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

3 Mac 2006 Pelancaran Portal Pendidikan Score APeringkat Negeri Johor
OLEHY.B. Dato Sri Hishammuddin Bin Tun HusseinMenteri Pelajaran Malaysia.

25 Mac 2006 Majlis Pelancaran Dan Penyerahan Portal Score A Parlimen Pagoh disempurnakan olehMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia,Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyidddin Bin Haji Mohd. Yassin.

Testimoni Pengguna Program Score A

Nama Komentar

Norazlina Bt Mohamed Shariff
"Saya mengetahui tentang score A ini secara tidak sengaja apabila timbul hasrat utk mencari program output learning utk anak di internet. Antara byk program atau websites yg ada di internet, saya dapati Score A adalah yg paling komprehensif dan terbaik. Keyakinan saya pada produk ini adalah pendorong utk saya mempromosikannya pula pada yg lain".

Umi Kartini Rashid
"Terbukti Score A sungguh berkesan dan memberi kesenangan terutamanya untuk ibu bapa yang bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen.Malahan dengan adanya Score A dapat merapatkan hubungan kasih sayang yang sedia terjalin di antara ibu bapa dan anak-anak kerana mereka dapat bersama-sama menjalankan latihan di internet dan keputusan dapat diketahui dengan serta-merta!Syabas & semoga berjaya!!".

Mohd Norisnain
"Program ini amat bagus sekali. Di samping dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dlm akademik, ia juga membantu kita menjana pendapatan yang lumayan. Amat dipercayai kerana program ini telah dirasmikan sendiri oleh menteri pelajaran. program ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sekolah bestari.Jadi apa tunggu lagi???? Peluang keemasan sudah ada di depan mata. ayuh sertai program ini!!!!!!".

Marsita Yunus
"Gunakan Score A demi masa depan anak anak kita".

Zairina Zainal
"Terima kasih Score A.Sebagai seorang ibu saya berasa amat bertuah di atas kecemerlangan anak-anak saya selama ini.Mereka sentiasa menjadi pelajar pilihan semasa di sekolah tetapi setahun setelah saya berada di Jepun,Bahasa Inggeris menjadi pilihan mereka,kebimbangan saya semakin bertambah apabila melihat mereka semakin melupai format pembelajaran di Malaysia.Bagaimana nanti bila mereka pulang ketanahair?.Tidakkah nanti mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri?.Hanya dengan score a sahajalah saya dapat membantu anak-anak.Kini mereka sudah pun mula membuat latihan dan alhamdulliah mereka juga menyukainya walaupun pada mulanya agak perlahan..Terima kasih kerana memperkenalkan saya pada score a !. ".

Juninah Harun
"Pada mulanya sukar mempercayai bahawa saya telah menyertai programme score A.Menyebabkan saya terfikir adakah benar tindakan yang saya ambil ini. Tetapi selepas mendengar kata-kata dari upline dan members, dan ini lah "YES" permulaan baru dalam hidup saya.Membebaskan diri dari bebanan hutang,membantu kewangan keluarga disamping membantu anak-anak serantau malaysia berjaya didalam pelajaran mereka.Anda Cuba Anda Tahu Jawapannya".

Siti Noor Zehan Ariffin
"Hampir setahun anak saya mengikuti sistem pembelajaran di sekolah Jepun, semakin hari semakin kurang tumpuannya terhadap pembacaan dan latihan buku teks sekolah kebangsaan, dia tenggelam dengan hiragana, katakana dan kanji. Namun, dengan adanya Score A semenjak dua bulan yang lalu, beliau mampu membuat latihan hari- hari dan menunjukkan percapaian yang amat baik. Terima kasih Score A!!!".

Yana
"Ini testi dr kawan pagi tadi. Anak buah dia guna Score A ini utk belajar UPSR. Anak buah kwn ni berjaya dpt 4A dlm UPSR yg lepas. Mereka sefamily bersyukur sgt sbb mmg mereka target pelajar ni dpt 2A je sbb dia agak perlahan dlm pelajaran. Nampaknye Score A dah berjaya membantu pelajar ni mendapat kan keputusan yg bagus w/pun masuk agak lewat. Kalo masuk lebih awal mungkin boleh dpt 5A kan! Siapa tahu! Jadi marilah rebut peluang dgn lebih awal :)".

Hasira Husain
"Saya amat berbangga menyertai program ini,secara ringkasnya anak sulong kami seronok mencuba latihan2 yang disediakan walaupun belum dapat membaca sepenuhnya,ternyata murah,senang memantau aktiviti mereka dan yang pasti selamat dengan bermula di rumah sahaja! Kami akan pastikan kecemerlangan bersama score A bermula dari rumah."

Hariyani Madon
"Sesuatu yang... 1. baru bagi diri saya 2. sungguh menarik 3. memberi peluang untuk semua maju dan berjaya 4. tidak merugikan sama sekali !! selamat mencuba dan nikmati hasilnya."

Lynn
"Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada Score A kerana kini saya mampu menjana kewangan dengan hanya berniaga dari rumah."

Norazlina Binti Ramdzan
"Kini syukur Alhamdulilah, anak-anak saya semakin seronok belajar bersama Portal Score A. Bila di tanya sahaja sudah tentu segera mereka berlari menuju ke komputer. Tergambar kegembiraan di wajah mereka terutama apabila selesai sahaja di hantar jawapan sesuatu latihan dan melihat keputusan yang diberikan serta- mertanya ialah 100%. Mereka akan minta saya print dan dengan senyuman yang gembira mereka bangga dengan pencapaian mereka."

Mohd Nuur Fahmy
"Terima kasih kerana memperkenalkan program Score A yang bagus ini".

Email Kegembiraan dari Pelanggan Score A

Hi Puan Zainah, Congratulations! Thanks so much for sharing the great news. Yes, I am really confident that the Score A Programme is one of the best programme ever to help Malaysian students excel in their studies. We are a bit unlucky since this programme was not available during our time. I am sure you has the right to be a proud mom today. Let her continue to excel in PMR with straight A's.Thanks again.

Regards,
Abd Rahman
http://e-tuisyen.blogspot.com


On Wed, Nov 19, 2008 at 6:14 PM, Zainah Alias wrote:
Hi Abd Rahman

Thank you for introducing the ScoreA program. Just would like to share with you the happy news in our family. Yes, my daughter did score 5As in the UPSR result and also Mumtaz for the agama school.

Actually, we can see improvements in her result after using the ScoreA program and nearer to the exam day, she continues doing the exercise off line.

Well, once again thank you.

Regards
Zainah AliasSenior Executive - Human Resource

Keputusan UPSR lebih baik

Keputusan UPSR lebih baik
Oleh THOMAS CHONG

PUTRAJAYA 13 Nov. - Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.

''Sebanyak 317,404 calon (62.7 peratus) mendapat minimum gred C dalam semua mata pelajaran berbanding purata 60.5 peratus untuk tempoh 2003-2007.

''Seramai 488,567 pelajar atau 96.3 peratus daripada jumlah calon pula mencapai tahap literasi yang dikehendaki berbanding purata 95.7 peratus untuk lima tahun lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Alimuddin berkata, hanya terdapat empat mata pelajaran yang mencatatkan penurunan dari segi jumlah pelajar yang mendapat A iaitu Matematik, Bahasa Inggeris SJK, Bahasa Cina (pemahaman) dan Bahasa Tamil (pemahaman).

Menurutnya, lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (penulisan) Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Inggeris SK, Bahasa Melayu (pemahaman) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Bahasa Cina (penulisan) dan Bahasa Tamil (penulisan) pula mencatatkan peningkatan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mendapat gred A.

''Dari segi pelajar yang memperoleh minimum gred C pula, mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu (penulisan) SJK dan Bahasa Inggeris SK.

''Tiada satu pun mata pelajaran yang mencatatkan penurunan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mencapai gred A hingga C," katanya.

Dalam pada itu, lebih separuh daripada jumlah calon pelajar berkenaan menggunakan bahasa Inggeris bagi menjawab peperiksaan Sains dan Matematik.

Daripada 511,875 sampel yang diambil, 159,234 (31.1 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam menjawab soalan Sains.

Alimuddin berkata, keputusan di kalangan calon orang kurang upaya (OKU) turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan tahun ini.

''Sebanyak 1.27 peratus daripada jumlah calon terencat akal memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding hanya 1.19 peratus pada tahun lalu.

''Jumlah calon buta yang mendapat semua A pula meningkat daripada kosong kepada 3.33 peratus. Calon cacat lain daripada kosong kepada 0.33 peratus, calon rabun daripada kosong kepada 1.33 peratus dan calon spastik daripada 1.23 peratus kepada 4.26 peratus.

''Calon bisu yang mendapat A dalam semua mata pelajaran, bagaimanapun, menurun daripada 66.67 peratus kepada 50 peratus manakala masih tiada calon pekak yang mendapat semua A pada tahun ini," katanya.

Ditanya mengapa analisis keputusan keseluruhan UPSR tahun ini dibandingkan dengan keputusan purata lima tahun lalu dan bukan dengan keputusan tahun lepas, Alimuddin berkata, perbandingan dengan lima tahun lepas dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dan tepat.

''Selain itu, tahun 2003 juga merupakan tahun di mana kita memulakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris," katanya.

Petikan daripada Utusan Malaysia

Kesilapan Ibubapa Terhadap Anak

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali

Tulang Belakang Program Score A

Saya pasti anda sudah mendapat sedikit maklumat mengenai ScoreA Programme. Pada masa kini, syarikat yang mengeluarkan Score A Programme amat rancak dan aktif memperkenalkan Score A Program memelalui acara- acara yang dilakukan melalui sesi penerangan diseluruh negara. Kenshido International adalah syarikat yang telah mengeluarkan score A Programme. Ianya bukanlah syarikat luar negara tetapi adalah sebuah syarikat tempatan yang menjadikan produk pendidikan adalah produk utamanya. Individu-individu yang menjadi tulang belakang kepada syarikat ini ialah:

Puan Norlia Ahmad - telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U PortalSdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna), Puan Norlia, melalui rangkai kerja hubungannya yang luas,telah terbukti sebagai asset yang sangat berharga kepada perniagaanSyarikat ini.

Dato' Ghazali Bin Uda Umar - merupakan seorang pendidik yangberjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan.Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons) danpemegang "Diploma in Higher Education Admin" dari University of London.Dalam bidang pendidikan, Dato' Ghazali pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan diMelaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di Pahang dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz diTeluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia Kanan Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi Sururhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak.

Jason Kok- Seorang juruaudit bertauliah, Jason telah mendapat pendidikan menengahnya di St. Michael's Institution di Ipoh. Beliautelah menyertai Jabatan Hasil Dalam Negeri sebaik sahaja bergelar graduan, dan dalam tahun 1985 telah berhenti untuk menyertai sebuah bank saudagar. Dalam tahun 1988, beliau meninggalkan sektor koperatdan melibatkan diri sepenuh masa dalam dunia pemasaran rangkai kerja. Mereka diatas adalah individu- individu yang terbabit menggunakan pengalaman luas mereka di bidang pendidikan dan diadaptasi kepada bidang perniagaan. Disamping memenuhi keperluan pelajar- pelajar diMalaysia, ianya juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan di Malaysia.

Tips Menghadapi Peperiksaan

1. Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana iamampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajariselama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

2. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidakmemahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahamisepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat pentingyang berkaitan.

3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlumenyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluardalam setiap peperiksaan.

4. Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaransecara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman andakepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapatmembantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

5. Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatusubjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalantahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjekyang lemah.

6. Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa kemana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan diwaktu terluang.

7. Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehatcukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagimemastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik bolehmenghasilkan otak yang cerdas.

8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafeinkerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

9. Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

10. Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlumemper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohonbantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohonkeampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Khamis, 20 November 2008

Kepentingan Tuisyen Melalui Program Score A

Mengapa pelajar memerlukan Program Score-A?
Program Score-A telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Program Score-A, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Program Score-A memberi peluang kepada anak-anak anda.

Kenapa eReprot Card dalam Program Score-A penting?
eReport Card merupakan satu cirri yang MESTI ADA di dalam Program Score-A. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.

Apakah aras dan matapelajaran yang terkandung dalam Program Score-A?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Program Score-A dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 5. Program Score-A juga merangkumi semua matapelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Program Score-A direka khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pelajaran, dan meliputi semua peringkat peperiksaan kerajaan daripada UPSR, PMR dan SPM.

Adakah Program Score-A akan membebankan anak saya?
Tidak, Program Score-A bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.

Perlukah anak saya mengikuti Program Score-A jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Program Score-A merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

Apakah kelebihan Program Score-A ini?
Ia mudah digunakan oleh pelajar-pelajar dimana-mana sahaja secara online serta dapat membantu ibu bapa memantau prestasi pembelajaran anak mereka dengan mudah.

Adakah ia berkesan kepada pelajar-pelajar?
Ya, ia telah terbukti berkesan dan telah digunakan sejak tahun 2003 serta mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagaimana Tuisyen Melalui Program Score A Membantu?

Bagaimana Kaedah Tuisyen di Internet Melalui Program Score A?
* Pembelajaran interaktif output learning iaitu pembelajaran menjawab soalan
* Sistem ranking iaitu perbandingan pencapaian pelajar di seluruh Malaysia
* Peluang menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran
* Kaedah pembelajaran termoden dan menarik minat pelajar
* Menjimatkan masa
* Berhubung terus dengan ibubapa melalui sistem e-report card dan sms
* Kertas soalan adalah meliputi silibus sukatan matapelajaran Malaysia
* Telah terbukti dengan kejayaan 90% para pelajar Score A mendapat 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR
* Soalan-soalan di bentuk oleh guru-guru di sekolah-sekolah bistari.
* Pembelajaran menggunakan sistem teknologi lebih menjimatkan masa dan mengelakkan mereka dari jemu belajar.
* Ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran anak-anak dan tidak lagi bergantung kepada kad laporan dari sekolah.
* Juga terbukti pelajar yang lemah telah memperolehi kejayaan cemerlang selepas menyertai Program Score A.

Ciri-ciri Tuisyen Melalui Program Score A

Program Score A adalah ' Webucation ' yang PERTAMA di Malaysia !
Webucation adalah gabungan dari dua perkataan, iaitu website dan education. Perkataan webucation adalah datangnya dari idea pakar pengurusan dunia iaitu Peter Drucker. Siapakah Peter Drucker ? Jika anda bertanya pada 10 orang di dunia ini, siapakah The Greatest Business Thinker ? sudah tentu 8 orang dari mereka pasti menjawab Peter Drucker ! Menurut Peter Drucker ( Ahli falsah ekonomi dan dunia korporat dan juga pakar pengurusan ) :

" Webucation Is The Next GreatGrowth Opportunity "

Mengapa beliau berkata demikian ? ( Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di dalam buku beliau ). Menurutnya, para pelajar masa kini adalah lebih berminat untuk belajar one-to-one buktinya ? :

1. Pelajar boleh belajar pada bila-bila masa mengikut kehendak mereka
2. Pembelajaran secara online adalah lebih efektif dan efisien berbanding belajar di bilik darjah !
3. Pelajar juga boleh mengulangi pelajaran mereka seberapa banyak yang mereka suka pada bila-bila masa.
4. Melalui sistem pembelajaran di internet kita tidak mampu untuk mengatakan tidak ! Hingga ke peringkat dewasa sekalipun, kita tetap akan meneruskan pembelajaran tanpa mengira usia !

Kelebihan Modul Program Score A



Kelebihan Modul Program Score A
1. E-Past Year ExamSoalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan A.
2. E-Trial ExamDicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar.
3. E-AssessmentLatihan output serta-merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan.
4. E-TopicPembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input membantu para pelajar memahami setiap topic dalam mata pelajaran yang mereka pelajari.

Liputan Silibus

Sekolah Rendah (Tahun 1 -6)
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik (Tahun 1 - 3 dalam Bahasa Inggeris)
4. Sains (Tahun 1 - 3 dalam Bahasa Inggeris)
5. Bahasa Cina

Sekolah Menengah (Tingkatan 1 -3)
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Geografi
5. Sejarah
6. Matematik (Bahasa Inggeris)
7. Sains (Bahasa Inggeris)

Penyelesaian kepada masalah ibubapa melalui sistem di atas :
Real time E-Report Card dan sistem SMS

Pengiktirafan
1. Pemuafakatan PIBG National (PIBGN) - 13 Jun 2003
2. Buletin TV3 - 28 Februari 2004
3. Timb Menteri Pendidikan, Y.B. Dato' Abdul Aziz Shamsuddin 25 Ogos 2002
4. Menteri Usahawan Koperasi & Pembangunan, Y.B. Datuk Khalid Nordin - 15 Julai 2005
5. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Y.B. Dato' Noh Bin Omar
6. Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia, Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin - 23Mac 2006
7. Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein - 3 Mac 2006

Kelebihan Program Score A

Kelebihan Kepada Ibubapa
1. Pemantau kekuatan dan kelemahan anak-anak
2. Nilai tahap perkembangan akademik anak-anak pada bila-bila masa.
3. Bantu perkembangan akademik anak-anak.
4. Dapat memberi bantuan serta merta, jika perlu.
5. Pantau progress pembelajaran anak-anak. Alert SMS setelah siap latihan dibuat. (Optional)

Kelebihan Kepada Pelajar
1. Berlatih menggunakan kertas sebenar soalan tahun-tahun lepas.
2. Menilai tahap pemahaman terhadap topik yang diajar disekolah.
3. Betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR dan PMR.

Tuisyen di Internet Melalui Program Score A


Apa itu Program Score A?
1. Score A ialah program output (latih tubi menjawab soalan melalui komputer / internet)
2. Di sekolah, anak-anak belajar melalui program input (membaca, mendengar & menghafal)
3. Latih tubi Score A mengikut 100% sukatan pelajaran terkini Malaysia

Kenapa latih tubi itu penting?
1. Latih tubi adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk mencapai kecemerlangan akademik. Tentu andamahukan kecemerlangan untuk anak-anak anda.
2. Latih tubi melalui on-line sangat berkesan, lebih interaktif malah lebih menyeronokkan kerana murid2dan ibu bapa dapat menyemak markah (latihan) mereka serta merta melalui internet atau melalui SMS.
3. Lebih 100,000 bank soalan untuk murid membuat latihan.

Masalah Kita Sebagai Ibu Bapa
1. Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak
2. Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah rumah
3. Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak
4. Anak kita cuma membawa balik kad laporan 2 kali setahun
5. Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak kita
6. Anak menghadapi tekanan/ takut peperiksaan
7. Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak kita masih gagal memperolehi keputusan yang diharapkan
8. Kekurangan interaksi anatara kita dan anak