Khamis, 20 November 2008

Kepentingan Tuisyen Melalui Program Score A

Mengapa pelajar memerlukan Program Score-A?
Program Score-A telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Program Score-A, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Program Score-A memberi peluang kepada anak-anak anda.

Kenapa eReprot Card dalam Program Score-A penting?
eReport Card merupakan satu cirri yang MESTI ADA di dalam Program Score-A. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.

Apakah aras dan matapelajaran yang terkandung dalam Program Score-A?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Program Score-A dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 5. Program Score-A juga merangkumi semua matapelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Program Score-A direka khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pelajaran, dan meliputi semua peringkat peperiksaan kerajaan daripada UPSR, PMR dan SPM.

Adakah Program Score-A akan membebankan anak saya?
Tidak, Program Score-A bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.

Perlukah anak saya mengikuti Program Score-A jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Program Score-A merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

Apakah kelebihan Program Score-A ini?
Ia mudah digunakan oleh pelajar-pelajar dimana-mana sahaja secara online serta dapat membantu ibu bapa memantau prestasi pembelajaran anak mereka dengan mudah.

Adakah ia berkesan kepada pelajar-pelajar?
Ya, ia telah terbukti berkesan dan telah digunakan sejak tahun 2003 serta mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tiada ulasan: