Jumaat, 21 November 2008

Tulang Belakang Program Score A

Saya pasti anda sudah mendapat sedikit maklumat mengenai ScoreA Programme. Pada masa kini, syarikat yang mengeluarkan Score A Programme amat rancak dan aktif memperkenalkan Score A Program memelalui acara- acara yang dilakukan melalui sesi penerangan diseluruh negara. Kenshido International adalah syarikat yang telah mengeluarkan score A Programme. Ianya bukanlah syarikat luar negara tetapi adalah sebuah syarikat tempatan yang menjadikan produk pendidikan adalah produk utamanya. Individu-individu yang menjadi tulang belakang kepada syarikat ini ialah:

Puan Norlia Ahmad - telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U PortalSdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna), Puan Norlia, melalui rangkai kerja hubungannya yang luas,telah terbukti sebagai asset yang sangat berharga kepada perniagaanSyarikat ini.

Dato' Ghazali Bin Uda Umar - merupakan seorang pendidik yangberjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan.Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons) danpemegang "Diploma in Higher Education Admin" dari University of London.Dalam bidang pendidikan, Dato' Ghazali pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan diMelaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di Pahang dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz diTeluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia Kanan Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi Sururhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak.

Jason Kok- Seorang juruaudit bertauliah, Jason telah mendapat pendidikan menengahnya di St. Michael's Institution di Ipoh. Beliautelah menyertai Jabatan Hasil Dalam Negeri sebaik sahaja bergelar graduan, dan dalam tahun 1985 telah berhenti untuk menyertai sebuah bank saudagar. Dalam tahun 1988, beliau meninggalkan sektor koperatdan melibatkan diri sepenuh masa dalam dunia pemasaran rangkai kerja. Mereka diatas adalah individu- individu yang terbabit menggunakan pengalaman luas mereka di bidang pendidikan dan diadaptasi kepada bidang perniagaan. Disamping memenuhi keperluan pelajar- pelajar diMalaysia, ianya juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan di Malaysia.

Tiada ulasan: